Thursday, October 18, 2012

Kifarah Dosa.

hai blog.
assalamualaikum.
lamenye tak jenguk. kesian.
kalau Fatin Liyana suke tulis blog bile die hepi,
aku pulak selalu datang idea bile tak hepi.
sobs.
kontras sangat. 
padan lah tak popular. 
agaga.

apekah ketidakhepian yang mencetuskan idea aku kali ini agaknye kan.
orang-orang yang terdekat dengan aku tahu lah
perkara yang paling merungsingkan aku beberapa minggu kebelakangan ni.
assignment last minit pun tak memfrustkan macam ni.


ye. masalah kesihatan.
T_T

beberapa minggu kebelakangan ni aku sering dilihat berlegar-legar dalam kawasan maktab dengan memakai mask secara on off.
kejap pakai. kejap tak. pastu kejap-kejap, eh. pakai balik, kejap-kejap tak balik.
KEJAP.
kenapekah. sakit apekah. virus kah. gedik kah nak bermask bagai.
macam-macam orang tanye.
aku cuma mampu jawab, ELERGI.

ok secara ringkas, ini adalah rentetan peristiwanya

minggu 1
bibir mule kering. menggelupas.
aku fikir sebab makan supplement tapi malas minum air putih.
so badan tak cukup air, barangkali.
maka aku berhenti makan supplement dan belajar minum air putih banyak-banyak!

minggu 2
bibir makin teruk. 
sampai satu tahap jadi bengkak.
gile isim punye bengkak!
panik sesangat.
memang dah tak rupa bibir.
mule-mule macam tak berapa nak heran sebab bajet-bajet kilafairy bibir mungil an.
tapi ini bukan dah kilafairy ni. toothfairy pun terkejut kalau tengok.
serius dahsyat.
so aku terpaksa pakai mask ke kelas demi tak menakutkan orang ramai.
T_T
kawan-kawan risau dan terus bawa aku ke klinik kerajaan.
kena inject 2 das. satu kat bahu. satu kat lengan.
mule-mule aku da siap tadah bibir ingatkan inject kt bibir. 
bajet macam botoxlah.
malu kat akak nurse. wawawa

minggu 3
lepas dapat ubat dan injections tu bibir dah mula susut bengkak.
alhamdulillah. :)
sampai satu tahap bibir menggelupas habis.
salin kulit gila-gila punya macam seorang reptilia.


lepas salin kulit, inilah hasilnya.
bibir baru.
tegang bukan main. nak bukak mulut pun payah.
makan bocor-bocor tak muat nak masuk sudu.
gelak pon bunyi "hohoho" instead of "hahaha" sebab mulut tak boleh bukak besar.
bagus jugak lah kan. behave sikit. kikiki
sampai koyak-koyak hah.
lama-lama bila apply ubat hari-hari
dah normal dah.
cuma a bit kering lah.
mebi belum cukup minum air lagi kot.
still. bersyukur.
Terima kasih Allah.

minggu 4
belum pun bibir pulih sepenuhnya
datang satu penyakit baru
muka tiba-tiba naik semacam gegata
penuhhh area bawah mata sampai dagu.
merah. tembam muke dibuatnye.
yang paling tak seronok.
gatal!
huuuuuuuu~
T_T
risau.risau.risau.
kawan-kawan tersayang bawak lagi ke klinik yang sama.
doktor cakap macam elergi ni.
tapi tak pasti elergi ape.
sebab lepas kena yang bibir tu aku dah tak makan seafood langsung.
so doktor suruh pantang makan ayam pulak.
*nangis*
semua pantang. ape je bole makan kan.
uhuk.
berat dugaan. tapi aku percaya.
ini tanda Allah sayang.
kifarah dosa.
:')

dapat ubat sapu dan pil yang mengantukkan.
tapi yang curiousnye,
pharmacist tu semacam hesitate nak bagi ubat sapu tu untuk dipakai di muka.
lepas die call doktor & confirmkan,
dia bagi jugalah aku ubat tu.
cuma dia pesan jangan sapu dekat dengan area mulut.
kang termakan nayooo.
baik. baik. ikut je lah. nak baik kan.
dengan gigih, aku makan dan sapu ubat tanpa skip.
good girl. 

minggu 5
ubat agak berkesan.
hilanglah segala bintik2 merah yang memenuhi muka.
dah tak menggerutu macam katak puru.
tapi...
kulit muka aku yang nipis ni semacam dah terhakis.
jadi lagi nipis.
menggelupas semacam terbakar.
merahhhhhhhhhh
ah sudah.
tapi memang rasa macam kena salai pun setiap kali pakai ubat tu.
pedih.
nak apply lagi ubat tu.
tapi rasa tak sedap hati.
makin pedih bila sapu kat kulit muka yang dah menggelupas tu.
pelik.
dan lagilah pelik bila kat tangan pulak mula naik bintik-bintik macam kat muka haritu.
apeni. apeni.apeni.
=="
terpaksa lagi menyusahkan kawan-kawan tersayang.
pergi ke klinik yang sama buat kali ketiga.
ewah semingu sekali datang kan
haih.
kali ni aku bawak tunjuk ubat tu pada doktor.
dia tak cakap apa-apa
tapi macam ade tulis kat muke dia
"haih ni salah ubat ni"
maka aku diberi ubat sapu yang baru
dan doktor suruh aku jangan pakai dah ubat yang lama tu.
oh.
apekah muka aku telah ditry-and-errorkan?
sobs.

------------------------------------------------------------------------------
sekarang ubat tu dah nak habis.
tinggal sekali sapu punye stok je ni.
dan masih.
belum elok juge.

pagi tadi agak yakin ke kelas
tanpa mask.
muka agak normal cuma merah sikit lagi.
tapi boleh la.
memang bajet dah recover dah tu.
 ececece siap amek gamba pagi pagi
yakin diri lah kononnye.

tapi menjelang tengahari....
tiba-tiba ramai yang tegur.
"ya merahnye mukeeeee!"


dan semakin petang semakin merah
lebih merah dari gambar di atas.
macam kena lumur dengan tomato puri
serius.serius.
rasa tebal.tegang.dan merenyammm aje kulit muke.
sedih. pedih.
T_T

now tengah tepek muka dengan bedak sejuk bancuh dengan air zam zam.
ubat dah habis. sobs.
dengan doa agar esok aku dapat ke kelas tanpa mask lagi.
Allah. beratnya dugaan.
Moga aku terus diberi kekuatan.
amin. amin. amin Ya Allah.

p/s: adekah ini betul betul elergi atau penyakit apekah sebenarnya?
ada sesiapa pernah kena macam ni?
kawan-kawan bakal doktor boleh bantu?





Tuesday, August 14, 2012

sakit.

Allah beri aku sakit.
sakit yang berhikmah.
2 hari cuti.
maka sejak semalam aku sudah di rumah.
 meninggalkan segala teacher's plan dan bbm yang menyesakkan otak.
Alhamdulillah.

Ramadhan.
maafkan aku.
tahun ini ibadahku masih belum mewah.
masih belum kuat aku menolak duniawi.
masih banyak noda di hati yang masih belum aku cuci.

Allah.
berikan aku ketetapan hati.
untuk aku terus kuat berjalan di atas landasanMu.
jangan pernah lepaskan aku.
sayangi aku. sayangi aku. sayangi aku.

Amin Ya Rabbal al 'amin.

Monday, April 2, 2012

AGAIN.

Sampai hari ini, aku masih bertahan.
 Masuk ke kelas dengan semangat baru. Namun keluar  hampa. Sekali lagi. 
Afdhal and the gang.
Kurang ajar. Mungkin terlalu kasar untuk aku labelkan kanak-kanak berusia 11tahun dengan gelaran itu. Tapi itulah dia.
Melawan. masuk kelas sambil menyanyi menjerit-jerit tanpa mempedulikan kewujudan aku.
Kerja tak siap. Menjerit-jerit semasa aku mengajar. Ganggu kawan. Seolah-olah aku tak wujud di dalam kelas tersebut. Aku siapa? Adik-adiknya? Kawan-kawan? 
Setiap hari aku menyebut namanya berpuluh-puluh kali. Afdhal, duduk! Afdhal, siapkan kerja! Afdhal, jangan menjerit! Afdhal, jangan kacau kawan! Afdhal itu, Afdhal ini. 
Mungkin doa aku tak cukup afdhal untuk melembutkan hati dia.
Aku tak minta ditakuti. Aku tak minta dia jadi pelajar paling cemerlang. Hormat. Hormatlah aku sebagai seorang guru.
Mungkin dia rasa aku tak layak mengajarnya.
So what?
Kau anak lawyer?Doktor?Menteri?
Kisah apa aku.
Aku di sini sebagai guru, maka hormatlah aku.

Bukan cuma dia.
Majoriti yang lain turut naik kepala.
Mungkin sebab mereka lihat aku tak mampu buat apa-apa selain tegur. marah. jerit.
tak memudaratkan mereka.
Kelas huru-hara.
Kesian murid-murid yang nak belajar.
Terganggu terus.


Fail.
Aku bukan guru yang baik.
Aku tak mampu buat mereka tutup mulut pun.
Mungkin bukan sebab Afdhal.
Mungkin bukan sebab mereka.
Sebab aku.
Aku yang memang tak layak berpijak dalam profesion ini.
Sejak 4tahun yang lalu.

Hari ini aku menangis lagi.
Esok aku cuba bangkit lagi.
Lagi. lagi. dan lagi.
Cuba dan terus mencuba mengikhlaskan hati.
Yang sejak azali tiada di sini.

Allah.
Beri aku kekuatan.







Sunday, December 4, 2011

leisure.

CUTI.
cuti sekolah.
cuti untuk murid-murid sekolah.
cuti untuk makcik kantin sekolah.
cuti untuk tukang kebun sekolah.
dan semestinya.
cuti untuk GURU sekolah.

walaupun aku belum sah memegang jawatan itu,
tapi aku seorang GURU PELATIH.
maka aku perlu berlatih untuk bercuti seperti seorang guru.
yeah. practice make perfect.

syurganya rasa.
masa lapang tersangat banyak sampai macam-macam group dah aku create di fesbuk.


*sila KLIK utk sertai group KONGSI RESEPI ^^.


punyalah banyak masa lapang
sampai rajin bukak 2 online shop kat fesbuk
*YAYA BOUTIQUE
*YAYA BEAUTY STORE


sila singgah jangan segan dan silu. 
tak beli tak apa.
like saja pun dah cukup mengukir senyuman di bibir ini. 
ewah gelinye ayat.




oh ye. 
masa lapang pang pang ni juga aku gunakan untuk siapkan order dari kak lis.
lama sudah beliau order tapi baru sekarang sempat buat.


jeng jeng jeng.



kak lis order 4 hp pouch dgn design yg sama. 
untuk kawan2 beliau sekali. liss. lily. linda. zana. :)



100% handmade. 
hasil amek ERT kat sekolah dulu.
aww. kewanitaan sungguh amek ERT. :p



beliau request design yang comel2. 
so aku buh motif bunga untuk memberi impak comel.
comel kah?

dengan masa lapang pang kopang kopang kopang yang ada
aku dpt siapkan dlm masa sehari lebih sambil feeling2 tengok drama korea. 
sobs sobs.


harap kaklis dan rakan-rakan suka. 
^_^


baiklah.
nak menikmati lagi masa lapang yang ada untuk melapangkan otak.
okebai.



Thursday, December 1, 2011