Monday, April 2, 2012

AGAIN.

Sampai hari ini, aku masih bertahan.
 Masuk ke kelas dengan semangat baru. Namun keluar  hampa. Sekali lagi. 
Afdhal and the gang.
Kurang ajar. Mungkin terlalu kasar untuk aku labelkan kanak-kanak berusia 11tahun dengan gelaran itu. Tapi itulah dia.
Melawan. masuk kelas sambil menyanyi menjerit-jerit tanpa mempedulikan kewujudan aku.
Kerja tak siap. Menjerit-jerit semasa aku mengajar. Ganggu kawan. Seolah-olah aku tak wujud di dalam kelas tersebut. Aku siapa? Adik-adiknya? Kawan-kawan? 
Setiap hari aku menyebut namanya berpuluh-puluh kali. Afdhal, duduk! Afdhal, siapkan kerja! Afdhal, jangan menjerit! Afdhal, jangan kacau kawan! Afdhal itu, Afdhal ini. 
Mungkin doa aku tak cukup afdhal untuk melembutkan hati dia.
Aku tak minta ditakuti. Aku tak minta dia jadi pelajar paling cemerlang. Hormat. Hormatlah aku sebagai seorang guru.
Mungkin dia rasa aku tak layak mengajarnya.
So what?
Kau anak lawyer?Doktor?Menteri?
Kisah apa aku.
Aku di sini sebagai guru, maka hormatlah aku.

Bukan cuma dia.
Majoriti yang lain turut naik kepala.
Mungkin sebab mereka lihat aku tak mampu buat apa-apa selain tegur. marah. jerit.
tak memudaratkan mereka.
Kelas huru-hara.
Kesian murid-murid yang nak belajar.
Terganggu terus.


Fail.
Aku bukan guru yang baik.
Aku tak mampu buat mereka tutup mulut pun.
Mungkin bukan sebab Afdhal.
Mungkin bukan sebab mereka.
Sebab aku.
Aku yang memang tak layak berpijak dalam profesion ini.
Sejak 4tahun yang lalu.

Hari ini aku menangis lagi.
Esok aku cuba bangkit lagi.
Lagi. lagi. dan lagi.
Cuba dan terus mencuba mengikhlaskan hati.
Yang sejak azali tiada di sini.

Allah.
Beri aku kekuatan.







Sunday, December 4, 2011

leisure.

CUTI.
cuti sekolah.
cuti untuk murid-murid sekolah.
cuti untuk makcik kantin sekolah.
cuti untuk tukang kebun sekolah.
dan semestinya.
cuti untuk GURU sekolah.

walaupun aku belum sah memegang jawatan itu,
tapi aku seorang GURU PELATIH.
maka aku perlu berlatih untuk bercuti seperti seorang guru.
yeah. practice make perfect.

syurganya rasa.
masa lapang tersangat banyak sampai macam-macam group dah aku create di fesbuk.


*sila KLIK utk sertai group KONGSI RESEPI ^^.


punyalah banyak masa lapang
sampai rajin bukak 2 online shop kat fesbuk
*YAYA BOUTIQUE
*YAYA BEAUTY STORE


sila singgah jangan segan dan silu. 
tak beli tak apa.
like saja pun dah cukup mengukir senyuman di bibir ini. 
ewah gelinye ayat.




oh ye. 
masa lapang pang pang ni juga aku gunakan untuk siapkan order dari kak lis.
lama sudah beliau order tapi baru sekarang sempat buat.


jeng jeng jeng.



kak lis order 4 hp pouch dgn design yg sama. 
untuk kawan2 beliau sekali. liss. lily. linda. zana. :)



100% handmade. 
hasil amek ERT kat sekolah dulu.
aww. kewanitaan sungguh amek ERT. :p



beliau request design yang comel2. 
so aku buh motif bunga untuk memberi impak comel.
comel kah?

dengan masa lapang pang kopang kopang kopang yang ada
aku dpt siapkan dlm masa sehari lebih sambil feeling2 tengok drama korea. 
sobs sobs.


harap kaklis dan rakan-rakan suka. 
^_^


baiklah.
nak menikmati lagi masa lapang yang ada untuk melapangkan otak.
okebai.



Thursday, December 1, 2011

Monday, November 14, 2011

merenyam.

macam biasa. 
saat-saat genting seperti ini. 
saat nota-nota merayu-rayu mintak dibaca.
 saat itulah jemari aku merenyam-renyam mahu melompat-lompat atas papan kekunci.
oh banyak pula imbuhan 'me'.
menyampah pula aku.
biarkan.


sebenarnya aku agak keliru.
ubat penenang apakah yang sudah aku tertelan.
minggu peperiksaan semacam bukan apa-apa bagi aku.
gelisah aku macam tidak ada.
langsung. sungguh.

normalkah begini?
ya.
memang normal bagi pelajar-pelajar yang biasa memiliki 4.0 rata.
tapi bagi aku yang hanya mampu menjenguk CGPA yang tak rata-rata ini.
pelik juga.

aku bukanlah pelajar pintar.
rajin jauh sekali.
oh bukan.
jauuuuuuuuuuuuuuuh sekali.
tak percaya?
cuba tanyakan aku apa yang telah aku pelajari sepanjang semester ini.
nescaya dahi aku akan berkerut-kerut.
tangan tergaru-garu kepala yang tak berkutu.
lantas bahu akan terjungkit-jungkit manja.
muka pula tersengih-sengih mintak penampar dua tangan sekaligus.
ya.
itu simptom pelajar yang datang kelas tapi macam tak payah datang pun takpe.
aku ada simptom itu. kronik.

bila aku imbas sekali lalu.
apa yang aku ingat telah aku buat sepanjang semester ini ialah:
datang kelas dengan A4-A4 kosong.
salin segala apa yang pensyarah bentangkan di layar putih.
tapi langsung tak faham apa yang ditulis.
bosan menulis, aku akan berjalan-jalan ke tempat rakan.
cuit-cuit sikit.
lepas tu balik ke tempat asal.
paling tidak pun mengangguk-ngangguk kepala mendengar kuliah pensyarah.
dan bila ditanyakan soalan aku pura-pura tunduk menyalin nota.
atau buat-buat menggaru kaki.
atau terus bangun.
mintak kebenaran ke tandas.

bukan semester ini sahaja.
semester-semester lain juga kiranya begitu.
dan biasanya saat-saat begini segala resah berebut-rebut datang.
tapi kali ini. hambar.
sekelumit pun tidak.
risau aku kerana tidak berasa risau.
haish.

mungkin aku perlu mula risau malam ini.
3 lagi paper berderet menanti.
doakan aku agar aku selamat memfotostat nota untuk exam esok.
selamat membacanya dengan laju.
selamat memahaminya dengan mudah.
selamat menjawabnya tanpa perlu menghentak-hentak kepala.
amin.

percayalah.
last minute study memang banyak berjasa.

baiklah. aku perlu berhenti.
perut minta diisi.
malam ni aku akan study.
aku janji.

harap selepas ini nota-nota akan kelihatan comel seperti fesbuk dan blog juga.

bai. bai.

Friday, November 4, 2011

lelayang. :)



google pic


aku punya lelayang.
lelayang yang sangat aku sayang.
cantik.
tapi tak boleh hanya ku pegang.
aku mahu lelayang itu terbang tinggi.
biar gah diteman gemawan.
lalu aku lepaskan.
dan aku berlari sejauhnya.
jauh. 
semakin jauh.
lebih jauh aku lari, lebih tinggi lelayang pergi.
masih cantik.
lebih cantik dari hanya dipegang.
biarlah ku lihat dari jauh.
namun talinya masih aku genggam.
kuat.
tak mahu terlepas.
terbanglah lelayang terbang.
lelayang yang paling aku sayang.
nanti bila mentari ingin pulang.
ku tarik engkau pelan-pelan.
agar tak putus di tengah jalan.

(^_^)v