Salam.
Saya ingin berkongsi atau meluahkan sesuatu yang saya ingin pesan kepada semua rakan-rakan Facebook saya terutamanya yang perempuan. Yang lelaki boleh juga nak baca, boleh sampaikan kepada wanita-wanita yang anda kenal.
Saya sedar saya hanya seorang wanita yang biasa-biasa sahaja. Saya mempunyai latar belakang keluarga yang biasa-biasa sahaja. Saya juga mempunyai latar belakang pendidikan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi, sebagai seorang kawan, sahabat, sama-sama manusia yang beragama Islam, tak salah kalau saya nak mengingatkan diri saya sendiri dan kawan-kawan semua.
Saya akui saya juga banyak melakukan dosa dan kesilapan. Biasalah, manusia mestilah buat silap sebab kita bukan maksum. Tetapi, kita perlulah saling mengingatkan satu sama lain agar kita tak termasuk dalam golongan yang berada di dalam kerugian sepertimana firman Allah dalam surah Al-'Asr.
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.
Sebenarnya, apa yang saya ingin nyatakan ini, saya sendiri dalam usaha memperbaiki diri saya mengenai dua perkara ini. Oleh itu, saya minta maaf jika anda rasa saya tidak layak untuk mengingatkan anda.
Pertama, soal menutup aurat.
Saya tidak mahu menyatakan yang negatif, tetapi saya nak mengingatkan semula tentang aurat wanita terutamanya. Aurat wanita di khalayak umum adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Selain itu, wanita tak boleh memakai pakaian yang jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Juga tak boleh berpakaian menyerupai lelaki. Cuba check 'dressing code' anda. Adakah mematuhi syariat atau terpengaruh dengan fesyen dan sebagainya?
Pakaian yang kita pakai tu dah cantik dah, tapi jom kita cantikkan lagi dengan berpakaian mengikut syariat. Siapa yang suka pakai ketat-ketat, lepas ini longgarkan sikit pakaian kita. Even saya pun, kadang-kadang terpengaruh dengan fesyen. Contohnya, orang pakai seluar jeans, kita pun nak pakai seluar jeans. Dah tu, seluar jeans jarang orang pakai longgar-longgar kan, mana cantik pakai longgar, betul tak? Tapi, kita perlu muhasabah la diri kita semula. Pakaian siapa sebenarnya seluar jeans tu? Asalnya dari mana? Mungkin daripada aspek pemakaian inilah salah satu cara musuh-musuh Islam nak merosakkan iman orang Islam. Berdosa tau pakai seluar ketat-ketat, sebab kita mungkin tergoda mana-mana lelaki yang melihat kita tanpa kita sedari. Sedar tak sebagai wanita, kita ini senjata syaitan? Anda mahukah saham untuk meruntuhkan iman seorang lelaki? Jadi, selepas ini, marilah kita cari sama-sama seluar-seluar yang longgar. Seluar jeans pun mahal, kita mampu. Takkan seluar slack atau seluar casual kita tak mampu? Nak senang cerita dan lebih yakin, pakai baju kurung saja. Tetapi, yang tidak jaranglah.
Siapa yang dah manis berbaju kurung tu pula, lagi manis kan kalau digandingkan dengan tudung sekali. Aurat tubuh badan kita dah tutup, apa kata kita tutup aurat rambut sekali. Andai rasa panas dan rimas bertudung, ingatlah bahawa panasnya di akhirat tak terbayang dek akal kita di dunia ini. Mana yang dah bertudung tapi singkat, tak menutup bahagian atas, labuh-labuhkanlah tudung anda. Bertudung sehingga menutup bahagian atas, bukan bertudung sekadar fesyen sahaja. Tak perlulah nak tunjuk kat orang lain bahagian atas kita tu. Tunjuk kat suami, muhrim dan sama-sama perempuan, sudahlah.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; danjanganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Siapa yang dah molek berbaju kurung dan bertudung tu, lagi molek kan kalau dipakai dengan sarung kaki sekali. Tetapi, saya sendiri pun susah juga nak praktikkan tentang sarung kaki ini. Biasalah di Malaysia ini, orang jarang pakai stokin atau sarung kaki. Rasanya ini pun boleh dimuhasabahkan. Sama ada kita nak ikut adat atau ikut syariat. Rasanya, tak ada orang yang nak gelakkan kita kalau pakai stokin. Kalau ada yang gelak pun, maafkanlah mereka kerana mereka tidak tahu menilai yang mana kaca, yang mana permata.
Kedua, soal bercinta.
Tahniah saya ucapkan kepada yang sudah selamat diijab kabul. Semoga hubungan suami isteri berpanjangan sampai ke syurgaNya. Yang masih single, harap bersabarlah. Yang sudah engaged, semoga dipermudahkankan urusan. Yang in a relationship with [lain jantina], anda berada dalamrelationship apa? Ber'couple' itu haram dalam Islam. Dalam Islam, ada istilah bertunang saja ataukhitbah, tapi bukan couple ya! Istilah in a relationship, bukan orang Islam yang punya. Fikir-fikirkan kenapa anda mudah terpengaruh dan terpedaya?
Marilah bermuhasabah. Cinta itu fitrah dalam diri manusia. Perasaan ingin disayangi, ingin dicintai dan ingin berpasangan itu lumrah yang Allah ciptakan dalam diri manusia. Tetapi, kita perlu ingat, siapa yang memiliki segala cinta di atas muka bumi ini? Tak malukah anda? Meminjam sesuatu daripada tuan pemilik tetapi, sombong dengan tuan pemilik? Maksud saya, Allah letak cinta dalam hati kita, tapi kita jajakan cinta kita kepada orang yang tak memahami erti cinta itu sendiri. Kita lupa Allah yang bagi kita cinta. Bila kita kecewa, kita lupa untuk mengadu dengan Allah.
Saya nak tegaskan, sekiranya anda sedang bercinta, ternyata anda sedang diuji oleh Allah. Begitu juga jika anda pernah 'putus' cinta. Dan jika anda membaca nota ini, ternyata Allah sayang anda. Allah mencintai anda lebih dari anda mengasihi diri anda sendiri dan lebih dari kekasih anda menyayangi anda. Anda percaya tak? Percayalah..
Sebenarnya, saya sedih melihat kawan-kawan yang asyik bercinta sakan. Sebab kawan-kawan tak tahu, bila Allah ingin menguji anda semua yang sedang leka berkasih sayang secara haram. Saya cakap begini kerana saya sudah pernah diuji dan saya ingin mengingatkan kawan-kawan yang lain.
Jika anda rasa anda telah jatuh cinta dan merasakan bahawa anda telah mendapat cinta si dia, anda silap. Allah yang memiliki hati setiap manusia dan Allah berhak dan berkuasa mengubah hati manusia pada bila-bila masa saja yang Dia kehendaki. Jika anda rasa anda telah bercouple dengan si dia bermakna anda akan berkahwin dengan si dia yang mendorong anda untuk melakukan maksiat dengan si dia, anda silap. Allah yang menentukan jodoh anda. Anda tak tahu antara anda dan si dia siapa yang akan berpaling tadah dahulu. Jika anda rasa anda hanya bercouple untuk suka-suka, bertaubatlah sayang!
Kawan-kawan, saya nak mengajak kawan-kawan menjauhi zina dengan meninggalkan budaya couple.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,” (al-Israa’: 32)
Untuk melaksanakan kebaikan memang susah, tetapi ambillah masa anda semua untuk berfikir dan muhasabah diri. Jika selama ini, kebanyakan masa anda mengingati kekasih anda, cuba luangkan sedikit masa untuk anda mengingati Allah pula. Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diberi peluang untuk berubah dan kembali ke jalanNya. InsyaAllah.