Thursday, October 18, 2012

Kifarah Dosa.

hai blog.
assalamualaikum.
lamenye tak jenguk. kesian.
kalau Fatin Liyana suke tulis blog bile die hepi,
aku pulak selalu datang idea bile tak hepi.
sobs.
kontras sangat. 
padan lah tak popular. 
agaga.

apekah ketidakhepian yang mencetuskan idea aku kali ini agaknye kan.
orang-orang yang terdekat dengan aku tahu lah
perkara yang paling merungsingkan aku beberapa minggu kebelakangan ni.
assignment last minit pun tak memfrustkan macam ni.


ye. masalah kesihatan.
T_T

beberapa minggu kebelakangan ni aku sering dilihat berlegar-legar dalam kawasan maktab dengan memakai mask secara on off.
kejap pakai. kejap tak. pastu kejap-kejap, eh. pakai balik, kejap-kejap tak balik.
KEJAP.
kenapekah. sakit apekah. virus kah. gedik kah nak bermask bagai.
macam-macam orang tanye.
aku cuma mampu jawab, ELERGI.

ok secara ringkas, ini adalah rentetan peristiwanya

minggu 1
bibir mule kering. menggelupas.
aku fikir sebab makan supplement tapi malas minum air putih.
so badan tak cukup air, barangkali.
maka aku berhenti makan supplement dan belajar minum air putih banyak-banyak!

minggu 2
bibir makin teruk. 
sampai satu tahap jadi bengkak.
gile isim punye bengkak!
panik sesangat.
memang dah tak rupa bibir.
mule-mule macam tak berapa nak heran sebab bajet-bajet kilafairy bibir mungil an.
tapi ini bukan dah kilafairy ni. toothfairy pun terkejut kalau tengok.
serius dahsyat.
so aku terpaksa pakai mask ke kelas demi tak menakutkan orang ramai.
T_T
kawan-kawan risau dan terus bawa aku ke klinik kerajaan.
kena inject 2 das. satu kat bahu. satu kat lengan.
mule-mule aku da siap tadah bibir ingatkan inject kt bibir. 
bajet macam botoxlah.
malu kat akak nurse. wawawa

minggu 3
lepas dapat ubat dan injections tu bibir dah mula susut bengkak.
alhamdulillah. :)
sampai satu tahap bibir menggelupas habis.
salin kulit gila-gila punya macam seorang reptilia.


lepas salin kulit, inilah hasilnya.
bibir baru.
tegang bukan main. nak bukak mulut pun payah.
makan bocor-bocor tak muat nak masuk sudu.
gelak pon bunyi "hohoho" instead of "hahaha" sebab mulut tak boleh bukak besar.
bagus jugak lah kan. behave sikit. kikiki
sampai koyak-koyak hah.
lama-lama bila apply ubat hari-hari
dah normal dah.
cuma a bit kering lah.
mebi belum cukup minum air lagi kot.
still. bersyukur.
Terima kasih Allah.

minggu 4
belum pun bibir pulih sepenuhnya
datang satu penyakit baru
muka tiba-tiba naik semacam gegata
penuhhh area bawah mata sampai dagu.
merah. tembam muke dibuatnye.
yang paling tak seronok.
gatal!
huuuuuuuu~
T_T
risau.risau.risau.
kawan-kawan tersayang bawak lagi ke klinik yang sama.
doktor cakap macam elergi ni.
tapi tak pasti elergi ape.
sebab lepas kena yang bibir tu aku dah tak makan seafood langsung.
so doktor suruh pantang makan ayam pulak.
*nangis*
semua pantang. ape je bole makan kan.
uhuk.
berat dugaan. tapi aku percaya.
ini tanda Allah sayang.
kifarah dosa.
:')

dapat ubat sapu dan pil yang mengantukkan.
tapi yang curiousnye,
pharmacist tu semacam hesitate nak bagi ubat sapu tu untuk dipakai di muka.
lepas die call doktor & confirmkan,
dia bagi jugalah aku ubat tu.
cuma dia pesan jangan sapu dekat dengan area mulut.
kang termakan nayooo.
baik. baik. ikut je lah. nak baik kan.
dengan gigih, aku makan dan sapu ubat tanpa skip.
good girl. 

minggu 5
ubat agak berkesan.
hilanglah segala bintik2 merah yang memenuhi muka.
dah tak menggerutu macam katak puru.
tapi...
kulit muka aku yang nipis ni semacam dah terhakis.
jadi lagi nipis.
menggelupas semacam terbakar.
merahhhhhhhhhh
ah sudah.
tapi memang rasa macam kena salai pun setiap kali pakai ubat tu.
pedih.
nak apply lagi ubat tu.
tapi rasa tak sedap hati.
makin pedih bila sapu kat kulit muka yang dah menggelupas tu.
pelik.
dan lagilah pelik bila kat tangan pulak mula naik bintik-bintik macam kat muka haritu.
apeni. apeni.apeni.
=="
terpaksa lagi menyusahkan kawan-kawan tersayang.
pergi ke klinik yang sama buat kali ketiga.
ewah semingu sekali datang kan
haih.
kali ni aku bawak tunjuk ubat tu pada doktor.
dia tak cakap apa-apa
tapi macam ade tulis kat muke dia
"haih ni salah ubat ni"
maka aku diberi ubat sapu yang baru
dan doktor suruh aku jangan pakai dah ubat yang lama tu.
oh.
apekah muka aku telah ditry-and-errorkan?
sobs.

------------------------------------------------------------------------------
sekarang ubat tu dah nak habis.
tinggal sekali sapu punye stok je ni.
dan masih.
belum elok juge.

pagi tadi agak yakin ke kelas
tanpa mask.
muka agak normal cuma merah sikit lagi.
tapi boleh la.
memang bajet dah recover dah tu.
 ececece siap amek gamba pagi pagi
yakin diri lah kononnye.

tapi menjelang tengahari....
tiba-tiba ramai yang tegur.
"ya merahnye mukeeeee!"


dan semakin petang semakin merah
lebih merah dari gambar di atas.
macam kena lumur dengan tomato puri
serius.serius.
rasa tebal.tegang.dan merenyammm aje kulit muke.
sedih. pedih.
T_T

now tengah tepek muka dengan bedak sejuk bancuh dengan air zam zam.
ubat dah habis. sobs.
dengan doa agar esok aku dapat ke kelas tanpa mask lagi.
Allah. beratnya dugaan.
Moga aku terus diberi kekuatan.
amin. amin. amin Ya Allah.

p/s: adekah ini betul betul elergi atau penyakit apekah sebenarnya?
ada sesiapa pernah kena macam ni?
kawan-kawan bakal doktor boleh bantu?





Tuesday, August 14, 2012

sakit.

Allah beri aku sakit.
sakit yang berhikmah.
2 hari cuti.
maka sejak semalam aku sudah di rumah.
 meninggalkan segala teacher's plan dan bbm yang menyesakkan otak.
Alhamdulillah.

Ramadhan.
maafkan aku.
tahun ini ibadahku masih belum mewah.
masih belum kuat aku menolak duniawi.
masih banyak noda di hati yang masih belum aku cuci.

Allah.
berikan aku ketetapan hati.
untuk aku terus kuat berjalan di atas landasanMu.
jangan pernah lepaskan aku.
sayangi aku. sayangi aku. sayangi aku.

Amin Ya Rabbal al 'amin.

Monday, April 2, 2012

AGAIN.

Sampai hari ini, aku masih bertahan.
 Masuk ke kelas dengan semangat baru. Namun keluar  hampa. Sekali lagi. 
Afdhal and the gang.
Kurang ajar. Mungkin terlalu kasar untuk aku labelkan kanak-kanak berusia 11tahun dengan gelaran itu. Tapi itulah dia.
Melawan. masuk kelas sambil menyanyi menjerit-jerit tanpa mempedulikan kewujudan aku.
Kerja tak siap. Menjerit-jerit semasa aku mengajar. Ganggu kawan. Seolah-olah aku tak wujud di dalam kelas tersebut. Aku siapa? Adik-adiknya? Kawan-kawan? 
Setiap hari aku menyebut namanya berpuluh-puluh kali. Afdhal, duduk! Afdhal, siapkan kerja! Afdhal, jangan menjerit! Afdhal, jangan kacau kawan! Afdhal itu, Afdhal ini. 
Mungkin doa aku tak cukup afdhal untuk melembutkan hati dia.
Aku tak minta ditakuti. Aku tak minta dia jadi pelajar paling cemerlang. Hormat. Hormatlah aku sebagai seorang guru.
Mungkin dia rasa aku tak layak mengajarnya.
So what?
Kau anak lawyer?Doktor?Menteri?
Kisah apa aku.
Aku di sini sebagai guru, maka hormatlah aku.

Bukan cuma dia.
Majoriti yang lain turut naik kepala.
Mungkin sebab mereka lihat aku tak mampu buat apa-apa selain tegur. marah. jerit.
tak memudaratkan mereka.
Kelas huru-hara.
Kesian murid-murid yang nak belajar.
Terganggu terus.


Fail.
Aku bukan guru yang baik.
Aku tak mampu buat mereka tutup mulut pun.
Mungkin bukan sebab Afdhal.
Mungkin bukan sebab mereka.
Sebab aku.
Aku yang memang tak layak berpijak dalam profesion ini.
Sejak 4tahun yang lalu.

Hari ini aku menangis lagi.
Esok aku cuba bangkit lagi.
Lagi. lagi. dan lagi.
Cuba dan terus mencuba mengikhlaskan hati.
Yang sejak azali tiada di sini.

Allah.
Beri aku kekuatan.







Sunday, December 4, 2011

leisure.

CUTI.
cuti sekolah.
cuti untuk murid-murid sekolah.
cuti untuk makcik kantin sekolah.
cuti untuk tukang kebun sekolah.
dan semestinya.
cuti untuk GURU sekolah.

walaupun aku belum sah memegang jawatan itu,
tapi aku seorang GURU PELATIH.
maka aku perlu berlatih untuk bercuti seperti seorang guru.
yeah. practice make perfect.

syurganya rasa.
masa lapang tersangat banyak sampai macam-macam group dah aku create di fesbuk.


*sila KLIK utk sertai group KONGSI RESEPI ^^.


punyalah banyak masa lapang
sampai rajin bukak 2 online shop kat fesbuk
*YAYA BOUTIQUE
*YAYA BEAUTY STORE


sila singgah jangan segan dan silu. 
tak beli tak apa.
like saja pun dah cukup mengukir senyuman di bibir ini. 
ewah gelinye ayat.




oh ye. 
masa lapang pang pang ni juga aku gunakan untuk siapkan order dari kak lis.
lama sudah beliau order tapi baru sekarang sempat buat.


jeng jeng jeng.



kak lis order 4 hp pouch dgn design yg sama. 
untuk kawan2 beliau sekali. liss. lily. linda. zana. :)



100% handmade. 
hasil amek ERT kat sekolah dulu.
aww. kewanitaan sungguh amek ERT. :p



beliau request design yang comel2. 
so aku buh motif bunga untuk memberi impak comel.
comel kah?

dengan masa lapang pang kopang kopang kopang yang ada
aku dpt siapkan dlm masa sehari lebih sambil feeling2 tengok drama korea. 
sobs sobs.


harap kaklis dan rakan-rakan suka. 
^_^


baiklah.
nak menikmati lagi masa lapang yang ada untuk melapangkan otak.
okebai.



Thursday, December 1, 2011

Monday, November 14, 2011

merenyam.

macam biasa. 
saat-saat genting seperti ini. 
saat nota-nota merayu-rayu mintak dibaca.
 saat itulah jemari aku merenyam-renyam mahu melompat-lompat atas papan kekunci.
oh banyak pula imbuhan 'me'.
menyampah pula aku.
biarkan.


sebenarnya aku agak keliru.
ubat penenang apakah yang sudah aku tertelan.
minggu peperiksaan semacam bukan apa-apa bagi aku.
gelisah aku macam tidak ada.
langsung. sungguh.

normalkah begini?
ya.
memang normal bagi pelajar-pelajar yang biasa memiliki 4.0 rata.
tapi bagi aku yang hanya mampu menjenguk CGPA yang tak rata-rata ini.
pelik juga.

aku bukanlah pelajar pintar.
rajin jauh sekali.
oh bukan.
jauuuuuuuuuuuuuuuh sekali.
tak percaya?
cuba tanyakan aku apa yang telah aku pelajari sepanjang semester ini.
nescaya dahi aku akan berkerut-kerut.
tangan tergaru-garu kepala yang tak berkutu.
lantas bahu akan terjungkit-jungkit manja.
muka pula tersengih-sengih mintak penampar dua tangan sekaligus.
ya.
itu simptom pelajar yang datang kelas tapi macam tak payah datang pun takpe.
aku ada simptom itu. kronik.

bila aku imbas sekali lalu.
apa yang aku ingat telah aku buat sepanjang semester ini ialah:
datang kelas dengan A4-A4 kosong.
salin segala apa yang pensyarah bentangkan di layar putih.
tapi langsung tak faham apa yang ditulis.
bosan menulis, aku akan berjalan-jalan ke tempat rakan.
cuit-cuit sikit.
lepas tu balik ke tempat asal.
paling tidak pun mengangguk-ngangguk kepala mendengar kuliah pensyarah.
dan bila ditanyakan soalan aku pura-pura tunduk menyalin nota.
atau buat-buat menggaru kaki.
atau terus bangun.
mintak kebenaran ke tandas.

bukan semester ini sahaja.
semester-semester lain juga kiranya begitu.
dan biasanya saat-saat begini segala resah berebut-rebut datang.
tapi kali ini. hambar.
sekelumit pun tidak.
risau aku kerana tidak berasa risau.
haish.

mungkin aku perlu mula risau malam ini.
3 lagi paper berderet menanti.
doakan aku agar aku selamat memfotostat nota untuk exam esok.
selamat membacanya dengan laju.
selamat memahaminya dengan mudah.
selamat menjawabnya tanpa perlu menghentak-hentak kepala.
amin.

percayalah.
last minute study memang banyak berjasa.

baiklah. aku perlu berhenti.
perut minta diisi.
malam ni aku akan study.
aku janji.

harap selepas ini nota-nota akan kelihatan comel seperti fesbuk dan blog juga.

bai. bai.

Friday, November 4, 2011

lelayang. :)



google pic


aku punya lelayang.
lelayang yang sangat aku sayang.
cantik.
tapi tak boleh hanya ku pegang.
aku mahu lelayang itu terbang tinggi.
biar gah diteman gemawan.
lalu aku lepaskan.
dan aku berlari sejauhnya.
jauh. 
semakin jauh.
lebih jauh aku lari, lebih tinggi lelayang pergi.
masih cantik.
lebih cantik dari hanya dipegang.
biarlah ku lihat dari jauh.
namun talinya masih aku genggam.
kuat.
tak mahu terlepas.
terbanglah lelayang terbang.
lelayang yang paling aku sayang.
nanti bila mentari ingin pulang.
ku tarik engkau pelan-pelan.
agar tak putus di tengah jalan.

(^_^)v

Monday, October 24, 2011

MasterChef Malaysia. ^O^


oke. semua bukak tv malam ni. 
astro ria.
pukul 9malam.

schoolmate saye masuk rancangan ni woh!
O_o



aaa teruja!
hencek abang yang cuma tau masak air je pon sebok nak teruja sekali.
over.
haha.

tak penah tau pulak zahin pandai masak.
dia dapat apron masterchef semalam.
gile hebat kau!
now dah tau nak panggil sape masak time kenduri kendarat nanti. ehe.
^_^


then.
bila tengok orang berani nak explore kebolehan diri macam tu.
kenapa tidak aku?

so aku pun nekad nak muncul dalam rancangan ni







acah mak enon
hahaha.


Best of Luck Zahin! We're Proud of You! 
^O^

Tuesday, October 18, 2011

menikmati kelapangan tanpa segan dan silu.

assalamualaikum.

beberapa hari ni rasa sangat free.
assignment macam dah takde.
kelas cuma sejam dua.
balik kelas makan dengan harapan dapat menggemuk barang sekilo dua.
belek-belek tenet.
tengok pesbuk.
delete friend request yang pelik-pelik.
tengok video orang gilis bayi.
tengok gamba orang kelar baby.
ok fine.
kerut-kerut dahi depan laptop.
lepas tu ngantuk.
lepas tu tido petang.
lepas tu bangun solat.
pegi makan ramai-ramai.
buat bising kat warung orang.
balik mengadap lagi pesbuk.
lepas tu bosan.
tido.

besok pagi ulang prosedur 1 hingga akhir.


heaven?
sikit je lagi dah nak cukup sifat nak jadi sampah masyarakat.



GET A LIFE YAYA!
=="

Saturday, October 15, 2011

comel. comel. comel.

JUJUR
setiap kali keluar shopping ke, jalan2 ke
saye bukanlah jenis yang rajin sangat bawak handbag besau2 
dan lagilah tak rajin nak bawak beg lain untuk buh telekung
saye lebih prefer bergantung pada telekung wakaf yang disediakan di surau-surau 

tapi
tak semua surau, khususnya kat shopping complex
menyediakan kemudahan telekung yang cukup
contohnya kat Jusco Seremban 2
alhamdulillah ada dalam 4, 5 pasang telekung yang diwakafkan
tapi setiap kali masuk waktu solat
ramai yang terpaksa tunggu turn untuk gunakan telekung yang sama
akibatnya surau sesak dengan orang yang menunggu (termasuk saye! ==")
sedangkan ruangan solat masih banyak yang kosong.

lagipun
tak semua surau menyediakan telekung yang cukup bersih
yang cukup meyakinkan untuk dibawa solat.

jadi, cari punya cari
saya terjumpa ini!
^_^



TADAAAA!
Telekung Travel versi comel!
^_^


kecik je.
mcm purse saye. hihi
muat dengan selesa dalam handbag bersaiz sederhana.

dah jualkan beberapa unit kepada kawan2
dan tinggal lagi 4 unit saje:

 purple
RM30
sold to Farhana
TQ! ^_^

 blue
RM30

 soft choc
RM30

sweet pink
RM30



comel dan mudah dibawa.
saiz telekung di dalamnya adalah besar (standard saiz telekung wanita dewasa)


sesiapa yang berminat boleh pm kat fb saye.
dictator_secret@yahoo.com




p/s: lepas ni da tak payah berebut telekung kat surau lg. yeay! 
v(^_^)v

Wednesday, October 5, 2011

memijak masa lalu.

ambisi aku bukan di sini
bukan layakku mendidik pertiwi
ikhlas ku terkadang tak sampai
tegarku kadang tak tercapai
namun
apa yang aku harap dengan sesalan?
merombak hari semalam?
ah. harapan.
rela mahupun tidak
pilihan ku kini cuma satu
memijak masa lalu
membenam harapan palsu
mendongak memacu ke depan
melangkah kuat menolak graviti khayalan


p/s: there must be a hikmah. ALLAH knows the best. :')



Sunday, October 2, 2011

sharing is caring. :)


nukilan seorang sahabat  NUR KHAIRUNNISA NASARUDIN yang sangat terkesan di hati.

jom baca! ^_^

Jom berubah!!

by Anisa Nasida on Sunday, October 2, 2011 at 1:17pm

Salam.

Saya ingin berkongsi atau meluahkan sesuatu yang saya ingin pesan kepada semua rakan-rakan Facebook saya terutamanya yang perempuan. Yang lelaki boleh juga nak baca, boleh sampaikan kepada wanita-wanita yang anda kenal.

Saya sedar saya hanya seorang wanita yang biasa-biasa sahaja. Saya mempunyai latar belakang keluarga yang biasa-biasa sahaja. Saya juga mempunyai latar belakang pendidikan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi, sebagai seorang kawan, sahabat, sama-sama manusia yang beragama Islam, tak salah kalau saya nak mengingatkan diri saya sendiri dan kawan-kawan semua. 

Saya akui saya juga banyak melakukan dosa dan kesilapan. Biasalah, manusia mestilah buat silap sebab kita bukan maksum. Tetapi, kita perlulah saling mengingatkan satu sama lain agar kita tak termasuk dalam golongan yang berada di dalam kerugian sepertimana firman Allah dalam surah Al-'Asr.  
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Sebenarnya, apa yang saya ingin nyatakan ini, saya sendiri dalam usaha memperbaiki diri saya mengenai dua perkara ini. Oleh itu, saya minta maaf jika anda rasa saya tidak layak untuk mengingatkan anda.

Pertama, soal menutup aurat. 

Saya tidak mahu menyatakan yang negatif, tetapi saya nak mengingatkan semula tentang aurat wanita terutamanya. Aurat wanita di khalayak umum adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Selain itu, wanita tak boleh memakai pakaian yang jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Juga tak boleh berpakaian menyerupai lelaki. Cuba check 'dressing code' anda. Adakah mematuhi syariat atau terpengaruh dengan fesyen dan sebagainya?

Pakaian yang kita pakai tu dah cantik dah, tapi jom kita cantikkan lagi dengan berpakaian mengikut syariat. Siapa yang suka pakai ketat-ketat, lepas ini longgarkan sikit pakaian kita. Even saya pun, kadang-kadang terpengaruh dengan fesyen. Contohnya, orang pakai seluar jeans, kita pun nak pakai seluar jeans. Dah tu, seluar jeans jarang orang pakai longgar-longgar kan, mana cantik pakai longgar, betul tak? Tapi, kita perlu muhasabah la diri kita semula. Pakaian siapa sebenarnya seluar jeans tu? Asalnya dari mana? Mungkin daripada aspek pemakaian inilah salah satu cara musuh-musuh Islam nak merosakkan iman orang Islam. Berdosa tau pakai seluar ketat-ketat, sebab kita mungkin tergoda mana-mana lelaki yang melihat kita tanpa kita sedari. Sedar tak sebagai wanita, kita ini senjata syaitan? Anda mahukah saham untuk meruntuhkan iman seorang lelaki? Jadi, selepas ini, marilah kita cari sama-sama seluar-seluar yang longgar. Seluar jeans pun mahal, kita mampu. Takkan seluar slack atau seluar casual kita tak mampu? Nak senang cerita dan lebih yakin, pakai baju kurung saja. Tetapi, yang tidak jaranglah.

Siapa yang dah manis berbaju kurung tu pula, lagi manis kan kalau digandingkan dengan tudung sekali. Aurat tubuh badan kita dah tutup, apa kata kita tutup aurat rambut sekali. Andai rasa panas dan rimas bertudung, ingatlah bahawa panasnya di akhirat tak terbayang dek akal kita di dunia ini. Mana yang dah bertudung tapi singkat, tak menutup bahagian atas, labuh-labuhkanlah tudung anda. Bertudung sehingga menutup bahagian atas, bukan bertudung sekadar fesyen sahaja. Tak perlulah nak tunjuk kat orang lain bahagian atas kita tu. Tunjuk kat suami, muhrim dan sama-sama perempuan, sudahlah. 

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud; 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; danjanganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” 

Siapa yang dah molek berbaju kurung dan bertudung tu, lagi molek kan kalau dipakai dengan sarung kaki sekali. Tetapi, saya sendiri pun susah juga nak praktikkan tentang sarung kaki ini. Biasalah di Malaysia ini, orang jarang pakai stokin atau sarung kaki. Rasanya ini pun boleh dimuhasabahkan. Sama ada kita nak ikut adat atau ikut syariat. Rasanya, tak ada orang yang nak gelakkan kita kalau pakai stokin. Kalau ada yang gelak pun, maafkanlah mereka kerana mereka tidak tahu menilai yang mana kaca, yang mana permata.

Kedua, soal bercinta.

Tahniah saya ucapkan kepada yang sudah selamat diijab kabul. Semoga hubungan suami isteri berpanjangan sampai ke syurgaNya. Yang masih single, harap bersabarlah. Yang sudah engaged, semoga dipermudahkankan urusan. Yang in a relationship with [lain jantina], anda berada dalamrelationship apa? Ber'couple'  itu haram dalam Islam. Dalam Islam, ada istilah bertunang saja ataukhitbah, tapi bukan couple ya! Istilah in a relationship, bukan orang Islam yang punya. Fikir-fikirkan kenapa anda mudah terpengaruh dan terpedaya?

Marilah bermuhasabah. Cinta itu fitrah dalam diri manusia. Perasaan ingin disayangi, ingin dicintai dan ingin berpasangan itu lumrah yang Allah ciptakan dalam diri manusia. Tetapi, kita perlu ingat, siapa yang memiliki segala cinta di atas muka bumi ini? Tak malukah anda? Meminjam sesuatu daripada tuan pemilik tetapi, sombong dengan tuan pemilik? Maksud saya, Allah letak cinta dalam hati kita, tapi kita jajakan cinta kita kepada orang yang tak memahami erti cinta itu sendiri. Kita lupa Allah yang bagi kita cinta. Bila kita kecewa, kita lupa untuk mengadu dengan Allah.

Saya nak tegaskan, sekiranya anda sedang bercinta, ternyata anda sedang diuji oleh Allah. Begitu juga jika anda pernah 'putus' cinta. Dan jika anda membaca nota ini, ternyata Allah sayang anda. Allah mencintai anda lebih dari anda mengasihi diri anda sendiri dan lebih dari kekasih anda menyayangi anda. Anda percaya tak? Percayalah.. 

Sebenarnya, saya sedih melihat kawan-kawan yang asyik bercinta sakan. Sebab kawan-kawan tak tahu, bila Allah ingin menguji anda semua yang sedang leka berkasih sayang secara haram. Saya cakap begini kerana saya sudah pernah diuji dan saya ingin mengingatkan kawan-kawan yang lain. 

Jika anda rasa anda telah jatuh cinta dan merasakan bahawa anda telah mendapat cinta si dia, anda silap. Allah yang memiliki hati setiap manusia dan Allah berhak dan berkuasa mengubah hati manusia pada bila-bila masa saja yang Dia kehendaki. Jika anda rasa anda telah bercouple dengan si dia bermakna anda akan berkahwin dengan si dia yang mendorong anda untuk melakukan maksiat dengan si dia, anda silap. Allah yang menentukan jodoh anda. Anda tak tahu antara anda dan si dia siapa yang akan berpaling tadah dahulu. Jika anda rasa anda hanya bercouple untuk suka-suka, bertaubatlah sayang! 

Kawan-kawan, saya nak mengajak kawan-kawan menjauhi zina dengan meninggalkan budaya couple.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,” (al-Israa’: 32)

Untuk melaksanakan kebaikan memang susah, tetapi ambillah masa anda semua untuk berfikir dan muhasabah diri. Jika selama ini, kebanyakan masa anda mengingati kekasih anda, cuba luangkan sedikit masa untuk anda mengingati Allah pula. Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diberi peluang untuk berubah dan kembali ke jalanNya. InsyaAllah. 

p/s: Islam bukan agama paksaan. tapi jangan itu dijadikan alasan. 
 I love Islam.

^_____^