Monday, July 25, 2011

aku bukan anak seni.

aku bukan anak seni.
meski bapakku pelukis.
meski keturunanku berdarah seni.
namun seni itu tidak bersebati dengan nadi.

aku bukan anak seni.
biar orang bilang aku penyanyi.
penyanyi itu kan harus berseni.
ah. ada aku peduli?

aku bukan anak seni.
dah banyak gunakan otak kiri.
otak kanan kata "nanti.
jangan paksa aku berfungsi".


aku bukan anak seni.
seni itu kan suka hati.
melempar tong cat itu juga seni.
habis kenapa perlu ditetapkan hukum dan teori?

aku bukan anak seni.
aku pandang seni itu murni.
seni itu menenangkan hati.
tak perlu menyusahkan diri.

aku bukan anak seni.
aku berkarya ikut naluri.
lukis sendiri faham sendiri.
tak perlu kritik itu dan ini.

aku bukan anak seni.
sebab itu aku merapu begini.
mungkin aku perlu berhenti.
ok bye lu pikir la sendiri.



mood: menyirap.

Friday, July 15, 2011

it's a good thing. :)


kebelakangan ni dah rasa diri macam orang dewasa.

dah reti berkira nak shopping barang yang tak perlu.
dah mula menyimpan untuk masa depan.
dah pakai stokin pergi kelas.
dah pakai flat shoes.
dah malas belit shawl.
dah prefer kaler-kaler pastel saje.
dah rasa gambar dalam ic adalah orang lain.
dah pandai tengok ruangan politik dalam paper.
dah ade entry patriotisme dalam blog.
dah pandai bosan bile tengok spongebob berulangkali (episod yang sama).
dah tak buat 'peace' dalam gambar.
bila pergi kedai dah kena cakap begini; "berapa ni, DIK?"

DAH macam-macam lagi yang buatkan saya rasa memang sudah berumur 22tahun.
padahal baru 21tahun 9bulan 18hari kot.


tapi.
tak rasa menyesal lah!
saya sudah tak paranoid lagi.
dah mula lihat semua benda dari sudut positif.

maknanya saya sudah matang.
dah boleh kawen yeay!
hahaha.
ok yang ni tak matang.
=p







p/s: termasuk hari ni saya dah hidup selama 7962 hari! alhamdulillah!
^o^

Tuesday, July 12, 2011

pejabat pos.

aku: saya nak daftar pengundi.
abg kaunter: ok. mintak ic.
menghulurkan kad pengenalan kepada abang kaunter.
aku: alamat saya dah tukar. tak sama dengan dalam ic tu. tak pe ke?
abg kaunter: oh kalau nak tukar alamat kena tukar ic sekali ni.
aku: oh ye?
abg kaunter: haah. lagipun ini ic zaman bila ni. (sambil tersenyum-senyum sinis. )
aku: tu darjah 6. =="

.
.
.
.
.
.
.
lagi-lagi masalah ic.
.
.
.
.
.
yelah! yelah!
nanti cuti ingatkan aku pegi tukar!



 menci. 
=="

Monday, July 11, 2011

warkah buat anak-anak murid tersayang

Assalamualaikum anak-anak murid yang cikgu sayang.
harap saat dan ketika ini anak-anak masih dapat hidup aman di tanah milik bangsa sendiri.


saat cikgu mengarang warkah ini, mungkin anak-anak masih belum lahir
mungkin masih dalam perut ibu
atau masih terkedek-kedek belajar bertatih

anak-anak tersayang
boleh janji dengan cikgu?

nanti bila dah bersekolah, mesti belajar rajin-rajin tahu
kalau boleh, jadilah saintis yang hebat
kajilah bulan atau mana-mana planet lain di bima sakti milik Allah ni.
jadikan tempat-tempat itu agar boleh didiami oleh manusia
lepas tu bawalah cikgu tinggal di sana.
cikgu takut.
bumi ni dah tak selamat.

lepas tu
mesti jadi manusia yang mengenang budi tahu
ingat siapa yang beri kita  makan dan tempat tinggal
bila orang dah beri sesuatu, belajar berterima kasih
belajar bersyukur
tak mahu diberi betis nak peha pula
cikgu tak suka macam tu
siapa degil nanti cikgu rotan. nak? tak nak kan.
sayang anak-anak cikgu.

yang paling penting ni
belajar ilmu agama elok-elok
lepas tu mesti seimbangkan dengan kehidupan di dunia ni
kan sahabat nabi ada pesan;
"Beramallah untuk duniamu seakan-akan engkau akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok"


anak-anak cikgu yang bijak-bijak
cikgu tak pasti zaman kamu nanti Melayu masih wujud atau tidak
sekiranya masih ada janganlah kamu bertelagah sesama sendiri
apa pun salah faham yang berlaku
selesaikanlah dengan baik-baik
bukan dengan mencaci bangsa sendiri
bangsa kita ni sebatang kara di bumi ni.
hilang Melayu di Tanah Melayu ini, maka hilanglah Melayu di dunia
kan Tok Tuah ada kata, 
"takkan Melayu hilang di dunia."
kesian Tok Tuah. besar harapan dia.


sekarang, nama negara yang kita duduki ni Malaysia
sekarang, agama rasmi negara ni adalah Islam
sekarang, bahasa rasmi kita ialah Bahasa Melayu
sekarang, bangsa Melayu masih dijaga hak istimewanya.
 cikgu harap, saat kamu baca warkah ini keadaannya masih sama.

sekian. salam sayang anak-anakku.