Monday, July 11, 2011

warkah buat anak-anak murid tersayang

Assalamualaikum anak-anak murid yang cikgu sayang.
harap saat dan ketika ini anak-anak masih dapat hidup aman di tanah milik bangsa sendiri.


saat cikgu mengarang warkah ini, mungkin anak-anak masih belum lahir
mungkin masih dalam perut ibu
atau masih terkedek-kedek belajar bertatih

anak-anak tersayang
boleh janji dengan cikgu?

nanti bila dah bersekolah, mesti belajar rajin-rajin tahu
kalau boleh, jadilah saintis yang hebat
kajilah bulan atau mana-mana planet lain di bima sakti milik Allah ni.
jadikan tempat-tempat itu agar boleh didiami oleh manusia
lepas tu bawalah cikgu tinggal di sana.
cikgu takut.
bumi ni dah tak selamat.

lepas tu
mesti jadi manusia yang mengenang budi tahu
ingat siapa yang beri kita  makan dan tempat tinggal
bila orang dah beri sesuatu, belajar berterima kasih
belajar bersyukur
tak mahu diberi betis nak peha pula
cikgu tak suka macam tu
siapa degil nanti cikgu rotan. nak? tak nak kan.
sayang anak-anak cikgu.

yang paling penting ni
belajar ilmu agama elok-elok
lepas tu mesti seimbangkan dengan kehidupan di dunia ni
kan sahabat nabi ada pesan;
"Beramallah untuk duniamu seakan-akan engkau akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok"


anak-anak cikgu yang bijak-bijak
cikgu tak pasti zaman kamu nanti Melayu masih wujud atau tidak
sekiranya masih ada janganlah kamu bertelagah sesama sendiri
apa pun salah faham yang berlaku
selesaikanlah dengan baik-baik
bukan dengan mencaci bangsa sendiri
bangsa kita ni sebatang kara di bumi ni.
hilang Melayu di Tanah Melayu ini, maka hilanglah Melayu di dunia
kan Tok Tuah ada kata, 
"takkan Melayu hilang di dunia."
kesian Tok Tuah. besar harapan dia.


sekarang, nama negara yang kita duduki ni Malaysia
sekarang, agama rasmi negara ni adalah Islam
sekarang, bahasa rasmi kita ialah Bahasa Melayu
sekarang, bangsa Melayu masih dijaga hak istimewanya.
 cikgu harap, saat kamu baca warkah ini keadaannya masih sama.

sekian. salam sayang anak-anakku.



5 comments:

Fikri H Fayahet said...

bagus nurhidayah! semangat patriotik seperti inilah yang kita mahu. ada peribahasa mengatakan, mata pena lebih tajam daripada mata pedang. (tapi ko taip???) menulislah lagi, setiap patah kata yang ditulis itu dapat mempengaruhi hati-hati dan minda-minda yang membaca. tahniah :P

Nurul Janah said...

wauuuu....amazing post...best...arap anak, cucu cicit aku terbaca ni nanti...

Mohd Hilmi said...

tok tuah aku selalu berpesan.. jaga lah Melayu sekarang untuk Melayu akan datang...

Melayu ialah pemilih tanah yang dijanjikan, pemilik jantung bumi.. pemilik segi tiga emas, pemilik nusantara....

pesan tok, akan ku jaga.. akan ku sampaikan,, takkan melayu hilang di dunia.. sentiasa aku ingat dalam ingatan.. atok sentiasa di sisi..

ifah said...

sama2 ambil iktibar :)

Anonymous said...

*like*