Monday, November 14, 2011

merenyam.

macam biasa. 
saat-saat genting seperti ini. 
saat nota-nota merayu-rayu mintak dibaca.
 saat itulah jemari aku merenyam-renyam mahu melompat-lompat atas papan kekunci.
oh banyak pula imbuhan 'me'.
menyampah pula aku.
biarkan.


sebenarnya aku agak keliru.
ubat penenang apakah yang sudah aku tertelan.
minggu peperiksaan semacam bukan apa-apa bagi aku.
gelisah aku macam tidak ada.
langsung. sungguh.

normalkah begini?
ya.
memang normal bagi pelajar-pelajar yang biasa memiliki 4.0 rata.
tapi bagi aku yang hanya mampu menjenguk CGPA yang tak rata-rata ini.
pelik juga.

aku bukanlah pelajar pintar.
rajin jauh sekali.
oh bukan.
jauuuuuuuuuuuuuuuh sekali.
tak percaya?
cuba tanyakan aku apa yang telah aku pelajari sepanjang semester ini.
nescaya dahi aku akan berkerut-kerut.
tangan tergaru-garu kepala yang tak berkutu.
lantas bahu akan terjungkit-jungkit manja.
muka pula tersengih-sengih mintak penampar dua tangan sekaligus.
ya.
itu simptom pelajar yang datang kelas tapi macam tak payah datang pun takpe.
aku ada simptom itu. kronik.

bila aku imbas sekali lalu.
apa yang aku ingat telah aku buat sepanjang semester ini ialah:
datang kelas dengan A4-A4 kosong.
salin segala apa yang pensyarah bentangkan di layar putih.
tapi langsung tak faham apa yang ditulis.
bosan menulis, aku akan berjalan-jalan ke tempat rakan.
cuit-cuit sikit.
lepas tu balik ke tempat asal.
paling tidak pun mengangguk-ngangguk kepala mendengar kuliah pensyarah.
dan bila ditanyakan soalan aku pura-pura tunduk menyalin nota.
atau buat-buat menggaru kaki.
atau terus bangun.
mintak kebenaran ke tandas.

bukan semester ini sahaja.
semester-semester lain juga kiranya begitu.
dan biasanya saat-saat begini segala resah berebut-rebut datang.
tapi kali ini. hambar.
sekelumit pun tidak.
risau aku kerana tidak berasa risau.
haish.

mungkin aku perlu mula risau malam ini.
3 lagi paper berderet menanti.
doakan aku agar aku selamat memfotostat nota untuk exam esok.
selamat membacanya dengan laju.
selamat memahaminya dengan mudah.
selamat menjawabnya tanpa perlu menghentak-hentak kepala.
amin.

percayalah.
last minute study memang banyak berjasa.

baiklah. aku perlu berhenti.
perut minta diisi.
malam ni aku akan study.
aku janji.

harap selepas ini nota-nota akan kelihatan comel seperti fesbuk dan blog juga.

bai. bai.

1 comment:

Luna Biru said...

Comel sungguh blog awak...tahniah...