Wednesday, February 23, 2011

pre-loved dress for sale!


Pre-loved white dress.
  • only worn once.
  • still in good condition.
  • free size. 
  • sesuai utk dinner, photoshoot, etc.
  • harga beli: RM130
  • harga jual: RM85 (bole bargain lagi kalo terrer.hehe.) 
  • free postage.
 berminat:
sila pm kat fesbuk saye ye.
ATAU
e-mail saye ---> dictator_secret@yahoo.com


v(^_^)v

Tuesday, February 15, 2011

preparing for the oral test! aaaaaaaa!

omaigod! omaigod!
sok kebarangkalian untuk turn oral aku sampai adalah sangat tinggi.
jadi perlu bersedia ni.
hush! hush!



untuk mempersiapkan diri dalam masa yang suntuk ni. 
bahan-bahan yang diperlukan adalah:




oral text.


benda ni nasib baik dah siap dah.
aku ingat turn aku last week, so aku pon menggelabah biawak la siapkan khamis lepas. 
sampai pukul 3pagi kot. 
orang kata kerja last minute adalah yang terbaik kan?
err...ke aku sorang je yang cakap macam ni?



editor
iaitu seseorang yang boleh dipercayai untuk mengedit text anda.
kadang-kadang kita perasan sendiri text kite dah habis best a.
padahal grammar bersepah-sepah.
bahasa tunggang terbalik.

make sure dia adalah terer dalam english.
seelok-eloknya submit la kat english lecturer anda beberapa hari sebelum sampai turn.
plus boleh dapat markah collaboration lagi an.
tapi bagi budak keje last minit ni, terpaksa a suruh cik kucing je edit kan.
(text di edit sendiri sesedap rasa. aktiviti ini memerlukan sifat perasan yang kuat pada diri. anggap diri anda pelajar TESL yang hebat. haha.) 




instant coffee/ nescafe/ kopi jantan/ kacip fatimah

sebagai persediaan mengelakkan mengantuk semasa menghafal text.
kebiasaannya student memang ada stok simpanan minuman 3 in 1 macam ni kan.
macam dah bajet je memang akan buat keje last minit sampai tak tido malam.
sape yang tak penah stay up buat esaimen / study sampai pagi buta?
sape tu?
cheit.
tipu dose, mati sekse, masok nerake. 
lalalalala~





inianwarhadi's videos


jeng.jeng.jeng.
sekarang aku ada kegilaan baru-----> stalk ini budak.
haha. tade la stalk kot.
tapi tiap2 minggu memang nak tunggu die upload video kat youtube.
tah.
admire kot dengan pronunciation dia.
SANGAT fluent.
jeles lahai.


so dengan menonton video2 die ni, bole la blaja sikit2 cara nak sebut dengan betul.
pastu bole la macam develop self confidence sikit.
ye a. die melayu. kao melayu.
dia makan sambal belacan. kao makan sambal belacan.
die boleh. takkan kao xboleh?
an? an? an?




toyol sebesar saiz tapak tangan.


err. budak atas ni bukan toyol. bukan. bukan.
=="
maksud aku, tu. tulisan kat tapak tangan tu.
aku tulis ayat pertama bagi setiap paragraph.
tujuannya adalah untuk membantu sikit la kalau2 lupa kan.


eh. tapi jangan salah paham ye.
lecturer aku bagi kebenaran kot buat macam ni.
stakat sikit2 bole la. 
tapi jangan asik mengadap/ baca semata2.
bukan oral test a namenye.
itu reading test.


so, kalau nak buat, make sure tanya dulu kat lecturer masing2 okeh.
kang kantoi, kena potong markah, pastu nak maki aku sebab bagi idea an.
haha. tak baik tahu!




ok.
nak sambung hafal.
wish me luck!
^__^



Thursday, February 10, 2011

budak baru??


mungkin rmai yang dah nmpak kelibat budak skema ini berlegar-legar di sekitar kawasan iprm beberapa hari kebelakangan ni.
lalu wujud spekulasi tersendiri dalam fikiran masing-masing.

"sape die ni?"
"nerd gilo."
"budak baru ke?"
"kpli kot."
"eh mcm muke yaya. akak yaya ke?"


=="
sangat hyperbola.
aku takde akak kot.



ade ke orang yang langsung xleh recognize muke aku once aku pakai spek sebesau alam yang tak muat tudung ni?
kenal an. an. an.
so jangan takut nak tegur ye.
ini adalah NURHIDAYAH aka YAYAPARANOIA yang sebenar.
no doubt.
^__^



so far ada beberapa orang yang aku ingat telah tegur aku pasal spek ni:

person 1: "eh. yaya ke? weh kao pkai spek?"
person 2: "woah. besa spek yaya. tapi xpo. comey lagi"
(geli tak nak mention gak orang puji? meh lempang.haha.)
person 3: "kao apesal suke beli spek beso-beso heh?"


sampai lecturer pon tegur kot tadi:

"eh hidayah, nape muka nampak lain ek? oh dah pakai spek ye. kenape? contact lens rosak? banyak membaca ni. ke banyak sangat hafal lirik lagu?"

err. puan. baek punye perli an.
 =="



mungkin ramai yang tak tahu.
selama ni aku tak pakai spek sebab telah menggunakan alternatif lain iaitu dengan memakai contact lens sepanjang masa(setiap kali keluar dari kawasan rumah/asrama).

dengan tu boleh la aku:
  1. pakai tudung dengan selesa.
  2. boleh melompat-lompat riang tanpa risau spek akan jatuh.
  3. boleh bubuh eyeliner tebal-tebal supaya mata tak nampak sepet dan muka tak pucat seperti mayat wanita mati gantung diri. (err. horror.)
  4. boleh tukar-tukar kaler mata dan bajet diri adalah minah omputeh.
  5. dan punyai self-confident yang tinggi sebab tak perlu risau muka nampak macam guru sains berusia 40-an yang garang.



TAHUKAH ANDA?
di sebalik mata yang sepet ni, yayaparanoia sebenarnya sedang menderita rabun jauh yang sangat teruk.
power sekarang adalah 6OO.
hah? pardon me??


600


ye. itulah power spek saye sekarang kawan-kawan.
which kalo aku bukak spek sekarang, aku hanya boleh melihat sesuatu objek dengan jelas pada jarak yang tidak lebih daripada 15cm.
ye. 
panjang pembaris pendek yang muat dalam pencil case korang tu je.
setakat itu. SAHAJA.


sedih kan?
meh nangis dengan aku meh.
T__T


semuda usia 22tahun (muda lagi kan?) aku dah  menderita rabun yang sebegini teruk. 
dan untuk pengetahuan, power ini bertambah dan bertambah setiap kali aku buat check up mata kat kedai-kedai spek.


adakah ini membawa maksud bahawa beberapa tahun/bulan akan datang power spek aku akan jadi 1000?
atau mungkin akan jadi BUTA???



 isk. tanak.
kalau anda sayangkan saya,
mari tadah tangan dan baca ini ramai-ramai.


"Ya Allah, Kau berikanlah kesembuhan pada mata rakanku, Nurhidayah. Kau berikanlah dia peluang untuk melihat dengan jelas sehingga akhir hayatnya Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian nikmat di muka bumi ini. Amin"


 hehehehe.
tengs kawan-kawan.
really appreciated that.
SAAAAAYAAAANGGGG KORANG BANYAK-BANYAK! 
^______^