Sunday, March 27, 2011

strategi comel mengelakkan tidur dalam kelas.

semalam aku tak tido langsung siapkan esaimen ni.
memang puas hati, buat tebal2, isi padat, nak hanta kt lec bkenaan.
tibe2 time nk anta, call die, die soh anta BESOK je???
urgh. tekanan.

jadi akibat tidak tidur + efek nescafe yg overdose
aku pegi gak kelas dengan eyebag yang menggeleber 
(mungkin bole simpan syiling dlm eyebag ni)
mata yang pedih
dan pinggang yang sakit2 akibat mngadap laptop tlalu lama.

langsung xdapat fokus pada p&p
asek tmenung rindukan tilam dan bantal kat bilik
nak tido dlm kelas xberani

maka demi mengelakkan terlelap
aku sempat la menghasilkan beberapa karya


kate dah. aku memang budak baik. an?



pastu an tetibe teringat cite merong mahawangsa.
mood jiwang. ewah.
pastu an masa english class, membe2 aku present pasal analisis novel The Lottery.
cite ni nonsense sgt.
ade ke suke2 hati nk rejam orang, atas alasan nk elak bala kt kampung tu.
apela. kutuk sgt org melayu suka pcaya cite2 tahyul.
org putih pon same.
tradisi konon. kejam tahu?
eh. emo.


pastu masa kuliah anatomi plan ngn sorg kwn nk balik BP sama2.
gile rase lame sgt aku xbalik
huuu. homesick.
T_T


masa da nak hujung2 kuliah anatomi ni la aku dpt tau yg lec suh anta esaimen tu besok je.
huh.
darah tinggi naik mendadak lalu cepat2 lukis bende alah ni. 
puas hati.


OK.
NK QADA' TIDO DENGAN BAHAGIA.
TATA!~

^o^


Thursday, March 24, 2011

cite PBS da basi. tp aku nk hapdet gak. tak kira!!!

PBS paling bermakna sepanjang hidup.
SK TANJUNG GAHAI 
^__^


sekarang bila tengok balik gamba2. sgt rindu okeh.



 sekolah pedalaman yang kecik.
tapi saaangat cantek!


tengok. cantek kan langit?
^_^



budak2 sgt aktif. 
tiap2 petang ajak ktorg beriadah.
tp korg xtau ke ckgu korg ni pemalas tahap obesiti? =="


perlu ke pose cam pengantin baru?
gyahahaha geli.



leh wat photoshoot hari2.
haha candid ni lawak.  tengok muke seko2. agaga.



 budak2 sini prefer bsukan xpkai slipa.
siyez tringt zaman muda2!
zmn skang budak2 da maju. kasut tanak branded sume.
stok kaki tanak masuk cacing je sume.
tak menikmati hidup, tahu?

budak2 sini sgt laen.
kao xyah pikir susah2 nk bli hadiah ape kt diorg.
diorg yg hari2 bg kao biskut, jajan.
nice an?
kalo skola bandar ni, dialog mcm ni da biase sgt dengar:

cikgu: ok sape yg dpt jawab cikgu bagi singgit.
murid: alah cikgu, saya bawak RM10 hari ni!

=="
ok fine.



aku bagi ketas conteng buruk ni je.
diorg bawak sepanjang masa.
bile jumpe aku je, diorg tunjuk sambil senyum2.
terharu okeh!
=')


kat sini aku takyah risau pakai spek 24 jam pon.
pakai la selekeh mcm mane, diorg tetap cakap "cikgu cantik lah!"

xcaye?




see?

ok.
muntah la kalo da xtahan sgt.
gyahahaha.




ni cikgu pj yang ktorg interview utk dptkan maklumat.
hensem? bole la.
yang pelik,
ade budak2 yg beria2 kenenkan aku kt die ni.
aku xtau ape yg diorg ckp kt cikgu ni.
smpai cikgu ni nmpak sgt malu2 bile nmpak aku.
bile aku tnye budak2 tu diorg ckp ape, diorg senyum2 ckp, "ade la. ade la"


hey budak2. 
ini laki org okeh.
=="

 kt sini gak aku ade peminat fanatik.
budak ni halisha name die.
pagi2 da tercongok dpn umah warden, nk salam aku.
tgh2 belajau dlm kelas die bole kluar nk salam + peluk aku
baru skali aku aku ajar die ms prep, die da mntak aku jd mak angkat die! 
=="
hari2 die akan tanye jawapan aku, bole ke tak jadi mak angkat die.
n jawapan aku tiap2 kali adalah:

"errr..nanti cikgu pk."

smpai balik pon tu gak jawapan aku. sori ye halisha.



ok. bole menyamar jd anak kandung aku ni.
mate same okeh.
>_<
walaupun skola pedalaman
n budak2 dok asrama,
tapi budak2 sini sgt comel okeh.
geram nk cubit2 pipi sorg2!




walaupun sgt penat seminggu kat skolah ni sbb jadual n aktiviti yg sgt pack dr pagi smpai malam, tapi jauh di sudut hati ni, mmg da jatuh sayang sgt2 dah.
insyaAllah kalo ade kesempatan aku nk sgt dtg lagi sana.


 
cikgu rindu korang semua.



Tuesday, March 22, 2011

PBS 3: episode 3: "kao dengar tak ape yang aku dengar?.."

malam pertama di kuala lipis:
kami bermalam di sebuah kuarters institusi pendidikan, iaitu rumah kedua bagi keluarga solehah.
di mana rumah ni dekat dengan tempat kerja mak ayahnya.
(rumah sebenar adalah di Pekan, Pahang.)


sebelum datang sini pun solehah da cerita macam.
kira dia warning awal2 la bahawa blok yang bakal kami duduk ni agak 'keras'.



bile da sampai, tengok2 mmg nampak agak angker kot blok ni.
dan kami memang alami macam2 pun.
=="


babak seram 1:


aku sedang melayan fesbuk seorang diri di dalam bilik. budak2 yang lain sedang menonton tv di luar. tiba-tiba ika masuk nak amek barang. ika pandang aku penuh persoalan di mukanya. tapi aku tak layan. biase la. mengadap fesbuk an. lagha a. 
"ya. kao dengar tak ape yang aku dengar?"


aku angkat muka dari mukabuku yang melalaikan. lalu aku amati bunyi yang sebenarnya dari tadi aku dengar.
bunyi orang menumbuk sambal dengan lesung batu.
dari tadi dah aku dengar. tapi aku tak peduli pun sebab rasa bunyi tu normal.

tapi kan...
mana ade orang masak kat dapur.
rumah sebelah kosong.
rumah atas pun kosong.


=="


cepat2 aku berlari keluar bilik sambil menyumpah2 ika.
dari tadi aku ignore je. skang suda dengar, cemane nak sambung layan fesbuk?
aaaaaaaaaaaaa....








babak seram 2:


malam dah makin larut. sume orang da tbongkang tido depan tv. cuma aku dan ifa tengah main msg kt dalam bilik, sbab kat luar maxis tade line.
sudahnye kitorg tetido smpai pagi kt bilik tuh.
lagipun bagus gak aku dok dalam bilik tu. kalo tido kt lua td, mmg aku dpt port paling dekat dgn pintu sbb lambat cop tempat. angker kot.

cerita skang ni bukan aku yang alami.
(sbb aku da slamat tido mati kot krana kepenatan ya amat)

kali ni janah yang kena.


tinggal die sorg je dok tgk tv smpai lewat mlm tu.
ntah cite ape yg bes sgt pon aku xtau.


selesai tgk tv, dia nk tido dah.
tutup tv sume. baru nk lelap mata, dia terperasan pintu bilik air macam dibuka tutup berkali2.
janah rasa xsedap hati terus paksa mata utk tido.
esoknya dia tnye sume org, xde sape mngaku ade masuk toilet mlm tu.
sume tido mati kot smpai pg.
=="





babak seram 3:

kali ni mek pulak yang kena.
malam yang sama. 
dia tersedar entah pukul berapa pagi tah.
(da lame so aku da lupe detailnye)
die terdengar dengan jelas bunyi macam ada orang main guli.
bunyi guli berdentang2 atas lantai berjubin kat ruang tamu tempat diorg tido tu.
mek yakin betul dia xsalah dengar.
siap bangun, tengok betul2, ade ke tak guli yg terjatuh.
ok. takde.


nicelah hantu. kao main guli pulak tengah2 malam buta an.
maen a sok pagi ke.
xtau ngantuk ke? haish.


sudahnye soleha jadi mangsa. mek panggil dia temankan die smpai tetido. agaga.






p/s: gile lame aku tangguh entry ni. smpai da lupa2 citenye.
tsangat bz tapi gian nk tulis blog. so curi gak masa.
hesh. ape gian2 ni. xsopan betul bahasa.







Monday, March 21, 2011

blog tergendala kerana hati gundah gulana dan hidup porak peranda.

TERSANGAT BUSY.
DAN TERPAKSA MEM'BUSY'KAN DIRI.
MAKA BLOG XDAPAT DI UPDATE.
SILA KESIAN KEPADA IDEA2 KERANA TAK DAPAT DILIMPAH RUAHKAN BUAT SEMENTARA WAKTU.


nescafe da masuk cawan ke2 namun esaimen masih x byk bgerak, nice yaya. kao mmg byk main.
==" 

Sunday, March 13, 2011

PBS 3:episode 2: Please. transfer me.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG.


ade sape2 bole transfer aku ke ipg ni tak?















macam ni barulah name INSTITUT.
baru selesa nak belajar.
persekitaran sangat kondusif.
bukan macam sekolah menengah je.



ops.




p/s: tp ape guna ip yg tsergam indah kalo jauh dari shopping complex?..
ok2.
yela2.
tak merungut dah.
tak jadi dah nk mntak transfer.
bersyukur. ye. bersyukur ape yg ade.


=="




bye! 
^o^)"v



Saturday, March 5, 2011

PBS 3: episode 1: The Journey

PBS
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Percutian Bersama Sahabat


 sem ni kami akan jalankan PBS di SK Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang.
ahli-ahli terdiri daripada:
1. Nurul Solehah (Tuan Rumah)
2. Nurhidayah (Tuan Blog)
3. Nadia Shahira
4. Nursyafiqah
5. Nurul Nazifah
6. Nurashikin
7. Nurul Janah
8. Adilah
9. Suraya Hani



9 orang? bukan limit satu sekolah 4org ke?
errr...ade aku kesah? lalalala. 



 baik!
mari mulakan perjalanan seawal jam 8pagi!
bersemangat!!!

!(^0^)!


macam biasa. 
sebelum pegi berjalan jauh, mari baca doa dulu.
=)





 
Malas lahai nak bercerita panjang. 
perjalanan berliku2 ni.
so, tunjuk gamba je okeh?
 


1. SEREMBAN ------KTM---------> BANDAR TASIK SELATAN
 







2. BANDAR TASIK SELATAN----------RAPID KL---------> TITIWANGSA


berat.
T_T







 




3. PEKELILING ------ BAS------->KUALA LIPIS












 
 
SAMPAI!!!!!
^O^

 


kucing2 kat sini muka macam samseng.
=="



p/s: cerita hari pertama belum habis. pinggang da sakit. jap lagi sambung:

PBS 3:episode 2: Please. transfer me.
PBS 3: episode 3: "kao dengar tak ape yang aku dengar?.."



 p/s: oh. jauh dah berjalan. rindu semua orang.













































=="